Tuesday, May 8, 2012

Pavlova Simple

Assalamua'laikum..

Wah wah.. Tajuk je dah macam blog masakan je gayanya kan. Hehehe.. Bukan apa, saja  nak share resepi, padahal takde pun orang baca blog ni.. Walaupun~~

Pavlova ni bukan first time buat, sebab dulu masa benda ni tak famous dah pernah try dah. (Cewah, statement berlagak..) Pastu sekarang bila semua orang sibuk makan pavlova, makanya... Terhasil lah pavlova yang tak berapa glamer seperti gambar kat bawah ni..



Kalau tang rasa tu, dia punya base manissss.. Texture dia yang best sebab crust dia rangup, then kat dalam dia sgt lembut and spongy gitu.. Macam marshmallow pun ada.. Pastu topped dengan whip cream and buah-buahan. Buah yang masam-masam macam strawberry, blueberry, rasberry memang sesuai untuk seimbangkan rasa manis base pavlova tuu..


Senang je sebenarnya nak buat pavlova ni.. Bahan pun sikit je, cuma bab nak merias tu bahannya mahal sikit la.. Resepinya aku amik kat sini.

Bahan-bahan:


i.  6 Biji putih telur **guna telur yang disimpan pada room temperature. Kalau dah tersimpan dlm fridge, rendamkan telur tu dalam air suam dalam 5-10 minit. (Guna air suam-suam kuku je, kalau panas sangat kang jadi half-boiled egg pulak). Then, masa nak asingkan kuning telur tu, kena hati-hati. Make sure takde sikit pun kuning telur yg tercampur dgn putih telur.
ii.  1 cawan gula kastor (nak manis lg tambah la lagi secawan) **yang ni aku guna secawan je dah cukup manis dahh.
iii.  1 sudu teh cuka
iv.  2 kotak kecil atau sekotak besar whip cream **guna non-dairy whip cream lagi senang drpd UHT whip cream.. Tapi masa aku buat ni, tak jumpa non-dairy whip cream, so aku gantikan dengan mix berries yogurt.
v.  Buah-buahan ikut suka (i letak strawberry sbb masam2 so contras la dgn rasa manis) **yea, aku letak stroberi gak.. ingat nak letak blueberry skali tapi tak jumpa pulak.
vii. 1 sudu besar tepung jagung




Cara-cara:


1. Putih telur tu pukul sampai jadi putih mengembang guna electric mixer guna tangan pun boleh.

2. Sambil2 pukul telur putih tu masukkan la sikit2 gula kastor tadi dan pukul lagi sehingga sebati **aku pukul putih telur tu dulu sampai kembang and ada soft peak (dlm 5 minit), lepas tu baru letak gula. masa letak gula ni, kena tabur sikit-sikit. Jangan tuang sekaligus.

3. Pukul sampai adunan tadi (putih telur+gula castor) jadi sticky melekat, letak atas sudu bila tebalikkan tak jatuh. **masa aku buat ni, aku pukul dalam 15minit baru adunan tu menjadi. Dia jadi likat and berkilat. Masa pukul tu, aku start guna speed paling rendah then perlahan2 tukar ke speed paling laju.  Then every 3-4 minit, aku berhenti pukul sebab nak rehatkan mixer tu. Aku baca kat instruction mixer aku tu, maximum time utk guna secara berterusan ialah 5 minit. So, every 5 minit kena rehatkan mixer tu kejap sbb takut motor dia panas sgt. Ini bergantung pada jenis mixer masing2 ye sbb mixer aku tu pemukul biasa untuk capacity yang kecik je.

4. masukkan cuka, essen vanila, tepung jagung dlm acuan tadi dan kacau sampai sebati serasi bersama. ** aku tak pasti "kacau" ni maksudnya kacau guna spatula ke apa. Tapi aku still pukul guna mixer sebab takut tepung jagung tu bergentel. Pastikan tabur tepung jagung tu sikit-sikit ye.

5. Dah setel ! Masukkan dalam dulang pembakar anda. rata2 kan **Aku tak guna dulang pembakar, tapi guna penutup periuk yang besar tu je. Hehe.. Alas penutup periuk tu guna kertas minyak, then taburkan tepung jagung atas dia biar tak melekat pavlova kat kertas tu nanti. Ketebalan pavlova ni pulak aku buat agak-agak dlm 4-5cm.

6. Bakar dalam ketuhar oven 150degree selama kira 1 jam 45 minit ke 2 jam (memang lama!) ** Jangan lupa preheat kan oven tu dulu. Aku guna oven elektrik, pernah guna oven dapur tu tapi tak menjadi sgt sbb dia guna api bawah je. So, bila bakar, bawah dah hangus tapi part kat atas tak masak2.

7. Jangan bukak oven time ia dibakar nnt tak jadi sbb mengikut pengalaman kitorang, bila bukak time tak masak dia jadi kendur melepet tak cantik...

8. **PENTING-Bila pavlova dah masak, jgn bawak keluar terus. Biar sejuk dlm oven dlm 30 minit cemtu.

9. Biar pavlova dlm suhu bilik baru letak whip cream. Panas2 letak whip cream cayor la nnt. **As mentioned above, aku guna yogurt.

10. Whip cream tu, masukkan korang putar sampai pekat dan takyah masukkan apa2. **betul tu, non-dairy whip cream tu mmg dah manis, tak payah tambah gula.

11. Oles atas pavlova korang tadi dan letak la buah2 an dah siap ! ** Hias ikut kreativiti sendiri.


Kalau nak lebih jelas dan faham, boleh search video cara nak buat pavlova ni kat youtube. Taip je "how to make pavlova" atau "pavlova tutorial", banyak je video yang keluar. Hope it helps!!

Selamat mencuba, sekian~

5 comments:

ain dzaya said...

nomnomnom..pavlova..bestnyer..
love it!


"Ain Dzaya | Tips jadi total hensem kekal selamanya.".

am3thyst said...

Heee!! Try la buat! Sedap! :)

Mak Wardah said...

Salam kenal. Blogwalking here akhirnya manage to get byk ilmu. Tqvm

am3thyst said...

Salam kenal Mak Wardah.. :)

nik ros said...

pavlova...nampak cam sedap jea.tak pernah try lagi