Wednesday, August 24, 2011

Selamat Hari Raya (versi terlambat)


Assalamua'laikum and hye!

Walaupun dah dua minggu kita beraya, tapi aku still nak buat ucapan raya gak.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Maaf Zahir Batin.

Semoga kita semua sentiasa dirahmati, diberkati dan diberi kesejahteraan hidup oleh Allah swt.

Ameen.




Oh, aku takde gambar raya. So, letak la gambar masa bulan puasa. Huhu.
Ni bergambar dengan Hanis masa datang rumah dia utk collect kuih raya.

Aku segan sbnrnya nak bergambar dgn dia, tapi buat-buat tak malu je ajak dia amik gambar sama. Haha. Credit to Aunty Nani yang tolong capture this pix. :)


Ada yang tanya Hanis ni mcm mana orangnya. Well, aku baru sekali jumpa dia, tak blh la nak describe banyak-banyak. For me, she is very nice person, and pemesra orangnya.. :)



Okay, ni kuih raya yang aku beli daripada Aunty Nani. Paling suka makan Classy Pandan (yang kaler hijau tuu) and Crunchy Mocha (sedap! ada rasa kopi pastu rangup-rangup).

Kalau nak rasa kuih raya yang sedap dan famous ni meh lah datang beraya rumahku nun di Johor Bahru (tu pun kalau kuih ni ada lagi laa.. tapi rasanya semua dah selamat dinyahtinjakan, hehe).


Oh ya!! Selain tu aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 54 dan Selamat Hari Malaysia..!!

Monday, August 22, 2011

Iftar at Masjid As-Syakirin KLCC :)


Assalamua'laikum and hye,

I've been hibernating over the past four months #boring

Sekarang ni aku tengok banyak gak lah blog2 yang buat entry dorang buka puasa kat tempat gempak-gempak, high-end bagai.

Tapi entry aku buat ni, takdelah aku gi melantak kat tempat mahal-mahal.

Just nak share pengalaman pertama aku berbuka puasa/iftar kat masjid. Jumaat lepas aku pergi join buka puasa ramai-ramai kat Masjid As-Syakirin KLCC.

Exicted gila first time nak pergi iftar kat masjid. Tapi budak lelaki biasalah kot gi iftar kat masjid. Budak lelaki kat office aku selalu gak cerita dorang serbu masjid mana.
Tu yang aku pun terpikir nak try buka puasa kat masjid.

Makanan FREE. Best tu. Jimat perbelanjaan sehari. :)


Haruslah yang ni bukan kat dalam masjid kann~



Reserved untuk anak-anak yatim.



Student tahfiz and kanak-kanak dari rumah anak yatim.
*Sejuk mata tengok bebudak tu pakai jubah serban bagai. Suci je muka.




Nad Si Tahi Lalat. Ramai gak yang join iftar kat masjid ni. Meriah uolls.



Nak jugak interpremm.



Kanak-kanak perempuan dari rumah anak yatim.



Banyak gak makanan yang disediakan, siap ada pramusaji (penyaji makanan) lagi.



Ada kurma, bubur lambuk, pulut bakar inti serunding, creampuff, honeydew, anggur, nasi hujan panas, ayam goreng rempah, lauk daging, terung, udang (yang ni aku tak dpt rasa T.T), papadom, air nescafe, teh n mineral water.



Time solat sunat tarawih. Siap ada projector screen tuu kat tempat solat muslimah.
*Aku buat 8 rakaat je, sebab tu dapat amik gambar ni. hehe.



Tarawih buat 8 rakaat je ada hati nak moreh gak. Habis tu aku tgk orang yang tak buat tarawikh pun ambik makanan ni, aku pun ambik jelaa.. Banyak jugak kuih muih dia hidang, tapi banyak yang dah kena baham dengan orang lain. Huhu.



Meriah iftar kat masjid ni. Buka puasa ramai-ramai, dengan orang yang tak dikenali, dengan orang yang mcm2 perangai..Seronok sebab dapat pengalaman baru.

Tak sangka pulak masa kitorang datang nak iftar kat masjid for the first time, ada majlis berbuka puasa dengan anak-anak yatim and pelajar-pelajar tahfiz. Tu yang makanan banyak and special sket sebab sponsor besar.

Siapa-siapa yang asyik iftar kat restaurant atau melantak buffet je, aku cadangkan sangat-sangat korang try lah iftar kat mana-mana masjid. Kalau tak sempat Ramadhan kali ni, boleh try next year pulak.

Masa berpuasa, memanglah kita rasa lapar, kebulur, perut asyik berbunyi, dahaga, haus, tapi waktu berbuka puasa bukanlah waktu untuk kita balas dendam nak makan banyak2 sebab seharian tak makan. Berbukalah secara sederhana. Sebab masa bulan puasa ni jelah kita berpeluang untuk merasai secebis penderitaan orang-orang miskin, orang-orang susah, orang-orang yang negaranya sedang berperang.

Alhamdulillah, kita kat Malaysia ni semua cukup makan pakai. Walaupun ada golongan yang kurang mampu, tapi diorang takde pun sampai dapat kwashiorkor (kanak-kanak yang kurang zat makanan, kurus kering tapi perut buncit). Perut buncit sebab terlebih makan adalah.

Jadi, bila berbuka puasa kat masjid ni, kita kenalah terima je apa yang masjid hidangkan. Toksah nak demand2 macam makan kat hotel. Cuba selami apa yang org susah rasa. Dorang takde pilihan nak makan hidangan apa. Dorang makan je apa yang ada, sebab tu kira dah bertuah dah kalau dapat makan.

**Cuma masa aku pergi ni, ada org sponsor lebih so dapatlah makan mewah sikit.

Korang pernah iftar kat masjid mana?