Tuesday, March 22, 2011

Garden OU




Salam to all,

Hari tu kami berempat pergi OU, berkobar-kobar mulanya nak gi makan kat Seoul Garden...
Tapi sebab Si Nadia Tahi Lalat tu tak nak, jadi terpaksalah cari tempat makan lain..
Tak tau lah dah berapa kali round kat dalam OU tu, survey tempat makan semua. Tapi takde satu kedai makan pun yang mengancam..
Last-last kitorang main taram je makan kat Garden ni.
Bila masuk kedai ni, memang macam dalam taman deco dia..
Pastu baru tau yang kedai ni ada jual pakaian jugak..

Minum dari dalam jug. Unik. Hee. Yang putih tu air longan, pastu dia ada letak nata de coco and fruit cocktail. Yang kuning tu pulak sama je isi2 dia, tapi air mango la kan..


Ni pulak Iced Latte dan Iced Cappuchino.. Yang latte tu sah-sah la Nida punya kan. Dia memang addicted dengan coffee..


Ni pulak yang aku makan. Grilled Barramundi kalau tak silap namanya.. Nampak mcm ciput je portion dia, tapi kenyang gak la..Ada mashed potato tapi dihempap oleh ikan tu la. Yang tak puas hatinya, sayur dia sikit sangat. Tak puas makan..


Makan ala-ala dalam taman.


Baiti buat-buat comey. Yang baiti makan tu Grilled Chicken dengan sauce ape ntah. Sedaplah gak.. Mashed Potato dia pun kena hempap ngan ayam. Kesian.


Deco-deco yang ada dalam kedai ni dijual gak. Tapi harga memang malatoplah, beratus-ratus. Tapi memang cantik semua! (OMG!! aku nampak gedabak gile dlm gambar nii!!)



Sengaja posing gedik. Muka macam nak mintak penampar pun ada!


Staff kat situ tolong captured gambar ni.


Sangat suka ini gambar!!! Memang dari kecik berangan nak belajar main piano. Suka sangat. Tak dapat belajar, amik gambar konon2 tengah main piano pun jadilah kan.. Asal ada...


Try pose comel. Yucks! Sangatlah tak reti. Nampak huduh. huhu.


Kat luar kedai, dah kenyang dah masa ni..
Burp!


Tuesday, March 15, 2011

Anas Tahir a.k.a Anas Koq



Salam to all,

Korang kenal tak mamat nama Anas Tahir ni?
Aku discover mamat ni masa awal tahun 2009 kalau tak silap. Masa ni si Fareeza and Baiti duk godeh2 kat youtube, tetiba terjumpa video ni..

Ni lah first video die yang aku tengok..
video

Mula-mula tengok, eh muka sebijik sejibun macam Faizal Tahir. Pastu nama ayah pun sama pulak. Suara pun boleh tahan power gak ala-ala FT. Kitorang pun pikir, ni adik FT ke?

Bila usha comment box kat youtube tu, ramai gak yang tanya dia ni adik FT ke. Tapi si Anas ni takde jawab pun. Kalau soklan-soklan lain kadang ada gak la dia menjawabnyeee. Maybe dia ni tanak la kan dibayangi oleh kefofularan abang sendiri. Verry the humble gituww. ;p

Aku SUKAAA SANGAT tengok video-video Anas ni sebab dia LAWAK gila. Masa tengok video kat atas tu, memang berdekah abes la kitorang satu bilik. Boleh bergegar hostel! HAHA.

Bukan setakat terrer menyanyi and buat lawak je mamat ni. Bakat membebel dia pun blh tahan gak. Haha!
Tapi apa yang dia bebelkan tu bukannya omong kosong, bukannya cakap-cakap sampah. Semua yang dia cakap tu ada pengajaran yang kita semua boleh ambil.


video
Bagi tazkirah pun boleh taw!

Sekarang ni, Anas dah ada website sendiri, anastahir.com. Gelak guling aku masa baca profile dia. Mari kita like Anas Tahir kat fanpage Facebook dia ramai-ramai ok!

TQVM! :)