Wednesday, December 22, 2010

Bila blaus batikku disangka baju kelawar

Salam and hye-hye to all,

Pagi-pagi tadi, after sampai kat ofis and switch on laptop, aku terus pergi pantry nak bancuh air. Dari luar pantry aku dah nampak dalam 3,4 orang my officemate dalam tu. Then, baru je dua tiga tapak kakiku melangkah kat dalam pantry tu, tiba-tiba manager ku tegur:

Bos: Nisa, u pakai baju tido ke???

Aku: (monolog dalaman, cewah!) Whatttt!! Apakah!!! Pergh! Baik punya pujian aku dapat pagi-pagi ni.

Pastu belum sempat aku nak jawab, ada officemate ni mencelah,

Officemate A: Ish, tak baik taw. Entah-entah Nisa beli batik ni kat Terengganu ke..

Aku: (monolog dalaman lagi) yes!!! Aku nak jawab time ni!!

"Opps. Beli kat Bandung je kot. Ni baju batik Jawa, bukan batik Terengganu" Ucapku sambil bancuh air hazelnut white coffee dengan cool. Eceh.

Manager: Ooo, Nisa memang. Dia beli barang oversea jeee.

Aku: Aik?? Oversea?

Aku kepelikan.

Masa ni aku dah siap bancuh air, pastu cepat-cepat aku keluar dari pantry bersama airku.

What derrr.. Apalah nasib. Aku punyalah semangat nak pergi kerja, iron baju malam-malam, bangun pagi-pagi bersiap bagai nak rak, dah cun2 (cun lah sangat) pakai blaus batik pergi office, tetiba ada pula orang sound aku macam pakai baju tido. Rasa macam jwf yuqlenxpohfbrhjekx!! (Okeh, ni alien je yang boleh faham! Mwahahha)

Selama ni, bila aku pakai blaus batik ni, orang lain ingat aku pakai baju tido ke? Cis! Cis! Memang kuasam siapa yang berfikiran camtuh. Penat-penat je Inche Afiq belikan untuk aku blaus ni. Beli kat Bandung pulak tu. (Berlagak pula, Bandung je pun. Bukannya ada jual mi bandung pun kat sana) Haish!

Pasni kalau aku melaram pergi ofis ala-ala Hana Tajima kang ternganga satu department. Yelah, mana korang nak jumpa QA yang stylo? Ada ke? Mana nak menyempat nak tacap2 bila dah bergelar QA ni. Kang dah bajet-bajet hot pakai skirt pergi keje, tetiba je kena pergi outlet buat investigation macam mana?? Ish ish.

Pastu kang tak pasal-pasal kena perli macam contoh ni,

“Eh, you dress up macam ni, you nak masuk Marketing Department keee?”

Memang terbaeek! Lumrahlah, bila orang kerja department macam tu untuk bergaya sakan kan.

Err, tapi tak naklah dress up macam Hana tu. Stylo mylo tabur sanggaat. Plus, tak follow Syariah Law pun kalau bergaya cenggituh.

Uhuk, sungguh menjatuhkan semangat aku nak bekerja je bila camni. Yela, aku sedar, diri ini tidak setailo mana. Orang kampung jerrr. Kampung Melayu, yang terkenal dengan ABC and Murtabak sedap tuuu.

Tapi takpela. Aku paham, bos aku tu memang outspoken. Maybe tu cara dia nak greet 'Good Morning' kat aku.

Lagi satu, baju aku tu memang longgar and nampak flowing sikit. Tambah lagi dengan corak batik. Tu agaknya dia ingat baju kelawar kot. Huhu.


Ekceli, takda gambar yang namapk baju tu semua. Ni kot gambar yang ok.

Masa ni ada lawatan pergi MPOB. Main masak2 dengan Fareeza.


Tabur garam kat pinggan kosong? Motifff??


Hehe. Korang nilai lah sendiri ni blaus batik ke, baju kelawar ke, kain buruk ke.. Tak kesah laaah.

Wassalam, peace!