Friday, November 19, 2010

Hapdet.

Salam to all,

Dah lama rupanya aku tak blogging. Huhu. Tak sangka pula bila dah kerja, ke'busy'an tu memang tak boleh blah. Kerja menimbun2, tak siap yang ni, datang lagi kerja baru, tak siap kerja baru, tetiba je ada kerja urgent datang berdebuk2. Hadoi. Nak buat macam mana kan. Ni lah namanya kais pagi makan ayam, kais petang makan ayam.
(Eh, bukan si ayam ke yang mengais2 tu. Apehal makan ayam pulakkk!)

Ni pun dapat blogging sebab bos pergi meeting. Dapat lah aku membebel sorang-sorang kejap. Hehehe.

Kesian kat aku, duduk ofis asyik buat report je. Kiranya memang macam dah couple dengan laptop ni sebab tak hiraukan orang lain masa buat kerja. Walaupun Nadiah Si Tahi Lalat satu ofis dengan aku, tapi dia tak selalu masuk ofis sebab dia kerja mengaudit supplier. So, kerjanya pergi kat supplier je laa. Lepas tu, bila dah balik rumah, masing-masing dah penat sampai nak makan pun tak berapa nak larat. Nak bercerita bergosip bagai macam dulu-dulu pun, dah tak berapa nak hangat sekarang.


So, bila dapat update blog ni walaupun sekejap memang heaven lah!

Tata!

p/s: Esok ada open house sempena raya haji. Yeaaa!