Salam to all.
Semalam masa dekat ofis lepas lunch aku dah start pening-pening kepala. Masa tu memang ada kerja nak kena buat, tapi mata asyik tengok jam je sebab tak sabar nak balik punya pasal.
Bila time nak balik tu, hujan pulak kat luar, tapi aku redah je jalan kaki ke stesen LRT dengan tak berpayung. Orang lain semua dipayungi. Huhu. Konon akulah paling macho di situ. Hehe. Sampai je kat LRT, memang sesak gila, queue pun panjang, tak tahu mana pangkal mana hujung. Memang bertambah sakit + kusut lah kepala gue.
Alhamdulillah aku sampai rumah dengan selamat. Nampak katil terus je melompat baring, walaupun masa tu dah 7pm. Then after solat Isya' aku terus baring lagi, around 9.30pm camtu Nida kejut aku ajak dinner. Aku makan sikit je sebab tak sedap badan, jadi tak selera. Rasa nak muntah pun ada gak.
Lepas makan gini gitu aku terus tidur. Lepastu tiba-tiba aku terjaga, terus tengok jam baru pukul 3 a.m. Masa tu lah tiba-tiba aku teringat aku baru je bermimpi sesuatu yang pelik and seram-seram kuku. Eh, silap, seam suam-suam kuku. Hehhe.
Dalam mimpi tu aku dan beberapa orang kat satu tempat ni. Tapi aku memang tak ingat aku dengan siapa and kat mana, yang paling aku ingat sekali kitorang jumpa perempuan yang ada mata kat dahi. Besar mata dia yg kat dahi tu. Masa kat mimpi tu, aku ingat benda tu Dajjal, sebab ada mata kat dahi. Memang seram gila lah masa tu sebab pikir kiamat memang dah tiba and takut aku ikut jalan yang sesat. Huhu. Rasa nak menangis, gabra gila time tu. Tapi mimpi tu habis mcm tu je sebab aku terus tersedar.
Tapi aku baru je google tadi, banyak gak websites yang menbincangkan ciri-ciri Dajjal ni. Salah satu ciri-cirinya Dajjal ni bermata satu. Tapi bila aku ingat-ingat balik mimpi seram semalam tu, orang yang aku jumpa tu ada tiga mata. Dua biji kat tempat biasa, tambah satu mata besar kat dahi. Maknanya tu bukan Dajjal lah kot. Tapi still mimpi tu menyeramkan.
Aku tahu mimpi ni mainan tidur. Tapi ada mimpi yang datang daripada Allah sebagai petunjuk dan ada gak mimpi dari syaitan yang sengaja nak mengganggu malah mahu menyesatkan fikiran kita. Wallahualam.
Walaupun aku amalkan membaca Al-Fatihah, ayat Kursi dan 3 Qul sebelum melelapkan mata, aku selalu gak dapat mimpi pelik-pelik tak masuk akal, mimpi merepek meraban yang menakutkan kalau terjadi betul-betul.
Berbalik pada mimpi orang ada tiga mata tu, aku tiba-tiba teringat kat satu watak dalam komik Dragonballz.

Benda macam Ten Shin Han ni lah yang muncul dalam mimpi aku. Cuma orang tu berambut panjang. Part mata tu memang sama, betul2 3 biji.
Harap-harap apa yang aku mimpi tu sekadar mainan tidur aku je.
Wassalam. :)

Korang ingat lagi tak kartun Dragon Ball ni?
Benda macam Ten Shin Han ni lah yang muncul dalam mimpi aku. Cuma orang tu berambut panjang. Part mata tu memang sama, betul2 3 biji.Harap-harap apa yang aku mimpi tu sekadar mainan tidur aku je.
Wassalam. :)