Salam friends!
Dup dap dup dap dah nak masuk 3 minggu pun kita semua berpuasa. Hooyeaah!
Biasanya time-time macam ni lah orang sibuk buat kuih raya. *Statement ini hanya sesuai untuk orang-orang yang memang buat biskut raya sendiri okeh. Tak main biskut tunjuk, biskut yang dah order 4 bulan lepas kat Makcik Petom atau biskut lelong 3 bekas seploh ringgit kat bazaar pada malam raya. Hehe.
Kalau dulu, waktu-waktu camni, aku dah terbau-bau aroma biskut yang makcik sebelah rumah bakar. Tapi setakat hari ni belum bau apa-apa yang menarik. Hari itu bau benda hangit adalah. Tapi aku tak tahu mana datangnya bau hangit tu.
Semalam aku sempat buat cornflakes madu. Maknanya akulah yang first buat kuih raya, kalau nak bandingkan dengan jiran-jiran lain. Hahaha. *Bangga sebab buat kuih raya first lagi ok daripada orang yang selalu bangga-bangga bila dapat comment first. Tak paham aku! ;p
Cornflakes madu yang aku buat untuk raya ni, aku gerenti tak sempat nak jumpa raya. Ehem ehem. Bukannya nak kata yang biskut aku ni terlampau sedap macam biskut dari syurga ke apa, tapi memang ramai peminat cornflakes madu ni kat rumah. Dalam masa tak sampai 2 minggu nak raya ni, gerenti biskut ni dah dibaham dulu. Kiranya tak bolehlah nak bubuh nama 'kuih raya', tapi nak panggil kuih puasa macam pelik je. Hahaha.
Kalau nak rasa kuih ni, marilah datang beraya ke rumah sayaaa..Tu pun,minta-mintalah kuih ni ada lagi. Hehe..












