Friday, July 9, 2010

ESTILO FACTORY OUTLET SHAWL CONTEST


Hye kawan2, adik2, kakak2, auntie2 dan shawl lovers semua!
Mari, mari join ini contest dari Estilo Factory Outlet nihh!!




Actually ini adalah 1st time saya masuk contest sejak mula blogging ni. Simple je cara nak masuk contest ni. Pilih satu gambar kamu yg paling gojes malatopps sedang menggayakan shawl, lepastu klik sini untuk langkah2 selanjutnya. Hadiah ditawarkan juga menarik. Tak sabar untuk tahu apa hadiahnya bukan?? Apalagi, jom join ramai-ramai. Cepat! Tarikh tutup 20th July ni!!!!

Ini gambar pilihan saya yang tak seberapa. Gaya pemakaian shawl pun yang biasa2 sahaja.

Tadaaaa~

Tak banyak gambar diri sendiri sedang camwhoring, or I would like to call it 'self-obsession'. Jadi hanya mampu tepekkan gambar ini. Malu I jadi tatapan umum. Blueek kepada diri sendiri! ;p

Seribu Impian

Salam to all,

Hari ini saya bukan nak post lirik lagu Seribu Impian yang Rem nyanyi tu ye.. Lagu Satu Impian dendangan Dayana Juara Idola Kecil 2 tu pun bukan. :)

Sejak dari kecil, memang saya memasang angan-angan dan pelbagai impian untuk dicapai bila dah dewasa nanti. Bukan setakat satu impian, seribu pun boleh. Nak letak 3 458.73 impian pun boleh.

Ini adalah impian merapu saya. Tapi hati saya harap suatu hari nanti boleh makan ikan kerapu. Eh, apa aku melalut daaa?

Hokay, hokay. Masa tengah musim cerita Adamaya kat TV3 dulu, saya teringat kat satu scene dalam movie I'm Not Single. Scene masa Farid Kamil jumpa diary Lisa and bila dia belek2 diary tu, dia ternampak satu gambar diamond ring yang Lisa tampal kat dalam diary tu. Lepas tu tajuk atas tu dia bubuh 'Cincin Idaman'. Siapa2 yang dah hadap movie tu ingat lagi takk? ;p

Lalu dengan sekelip mata saya pun berfikir 'Aku pun kena ada cincin idaman gak!' (Ces, bajet ada cincin idaman, kau boleh jadi cun jelitawan macam Lisa Surihani laa?)

Maka setelah digoogle, taraaaaa~~


Dulu memang minat sangat dengan cincin diamond solitaire ini. Tapi bila fikir2 cincin perkahwinan seperti ini akan dipakai lama dan akan jarang ditanggalkan, dikhuatiri hujung lengan baju, atau apa2 akan tersangkut pada diamond tuh. Jadi, saya pilih cincin yang bold style sebagai cincin idaman. :)



Haaaa, inilah!! inilah yang saya suka tu!! Nampak bold sangat tak? Sesuai ke dengan jari gue yang runcing ni? Hehe. Tapi saya masih ragu2 nak emas kuning ke putih e? Kalau anda pakai cincin ni, sure bila ambil gambar tak perlu guna flash. Bling-blingnya boleh buat mata I silau. Hehe.



Hoh, yang ni nampak unik. Boleh tahan juga designnya? Harga? Tak tahu boleh tahan atau tidak. Huhu.





Jika Encik Idaman saya kaya raya tahap boleh beli KLCC , boleh la pilih mana-mana yang saya suka. Macam kat gambar atas ni pun macam best. Lagi best kalau cincin tu ditempah khas. Mungkin nak kasi ada sentimental value sikit la. :)

Sekian rapuan repekan bebelan dari sang suka-berangan.

p/s: Pictures above are courtesy of Google. :)