Wednesday, June 30, 2010

Ronda-ronda di Temasik



Fuh.. Fuh.. Tiup2 habuk setebal mekap opera cina yg dah melekat kt blog ni. Hehe. Lama betul tak update. Agaknya kalau blog ni blh bercakap, dah lama dia sound.. T.T

Eh, chop! Kenapa tajuk kat atas tu pasal pergi melawat Temasik pula? Kan before ni kat To-do List tu dah janji nak membebel pasal Food Tech utk entry seterusnya?? Why nisa?? Whyyy??

Ok. Ehem2. Cik Nisa di sini. Biar saya jelaskan. Oleh kerana kabel encik lappy saya yg bermasalah, maka encik lappy tak dapat berkhidmat utk saya buat sementara waktu. Justeru, saya tidak berpeluang utk mewujudkan entry berkaitan Food Tech kerana semua gmbr2 berkaitan tersimpan rapi dlm encik lappy. (Rapi dan lappy?? mcm ada rhythm pulak. hehe) :)


Baiklah, cukup cerita pasal encik lappy. Skrg mari dengar saya berpotpet pasal lawatan saya ke Singapore pada dua minggu lepas pulak. Mari!! Marii!


Lawatan kali ini merupakan perasmian pasport ketiga saya!! Yeeehaaa! *berlagak. Tak banyak yg nak cerita pasal Singapore ni. So, mari jamu mata dengan gmbr2 pilihan.




Dihidangkan lontong, sambal udang, tempe goreng juga mini murtabak di kediamaan Asyraf sebelum bertolak. Makan sampai butang seluar hampir tertanggal. T.T




Kawan2, ini ialah Kad Putih yang perlu diisi sebelum ke Kota Singa.




Di upah untuk fill in the white card dengan bayaran seikhlas hati oleh mereka2. *seikhlas hati maksudnya tiada bayaran. Huhu.




Maaflah kerana kami dilarang mengambil gambar di CIQ,Jb dan Kastam Singapore. Maka gambar di atas semasa baru turun dari bas di Queen Street. Bangunan pelbagai warna di atas adalah kediaman/flet tempat warga Singapura tinggal. Jika terel, boleh nampak cara mereka menyidai baju guna kayu panjang terjulur keluar tingkap.




Jalan kaki (mestilah guna kaki, ada orang jalan guna pipi kee? Adoi.) menuju ke Bugis Junction.




Boleh dapat t-shirt warna warni tulis 'Singapore' dan corak singa di sini. $10 dapat 4 helai.




Jalan2 tiba2 sampai kat Bugis Square ini. Saya lebih tertarik pada Advert McD pada gambar atas. Mereka ada jual Horlicks Crunch! Nampak lazaat! Sluuurp~




Agaknya org Kota Singa suka bangunan pelbagai warna. Ceria gitu~ Tangga berpilin itu macam nostalgic sungguh! Kalau main kejar2 kat tangga tu konpem biul youuu. Hahaha.




I LOVE retail therapyyyy!! Tapi tiada banyak wang semasa ke sana. T.T
Lihatlah mineral water di tangan pun dibeli siap2 semasa di JB. Sungguh po po po pokai face!



Lihat kaum lelaki membelek jam tangan di kedai. Biasalah orang sudah berkerjaya. Saya hanya mampu melihat dengan mata yang sayuuu.




Masih lagi membicarakan 'jam mana eh yang cantik, jam mana yang sesuai untuk aku?' di kedai makan. Hati cemburu lagii. Berbara.




Order mutton chop sebagai hidangan tengahari. Juga Air Kathira yang manisnya macam nak bagi orang kena potong kaki sebagai penghilang dahaga. $6.00 + $1.80. Ha, boleh kira sendiri! Congak dapat markah lebih. :)




Solat di Masjid Sultan. Saya macam orang hilang anak nak cari tempat wudhu' dan tandas di sini. Blurr! Hampir tersesat sampai nak masuk ke dewan Kursus Pra-perkahwinan di sebelah toilet. Oit, jangan gelakkann!!
Yaa! Sedikit jeles, cemburu pada AfiqZ dan Muaz yang boleh jamak solat mereka di sini. Saya musafir juga tapi tak cukup 2 marhalah. T.T




Ha, itu dia Restoran Zamzam, tempat kami dapatkan kolesterol dari kambing choopp!




Naik MRT untuk sampai ke Singa Pancut. Ticket $2, tapi bila sampai ke destinasi idaman, pulangkan balik tiket ke mesin dan anda akan dapat semula $1.




Kawasan menunggu. Maaf tiada koc wanita warna pink ya di sini. Harap maklum. OH, saya baru perasan ada pakcik duduk sebelah saya masa tengok gambar ini. hoihoi. Perasan hot.




Naik eskalator pun masih mahu bergambar bagai tiada eskalator di Malaysia. Adoi. Sila lihat aksi Muaz yang keletihan itu. Kasihaaan deh loe!




Kerana kasihan, berhenti duduk2 suka hati adik kau di sini. Sila gelakkan AfiqZ yang sedang bergaya anggun di hadapan kamera. Cubaannya untuk meniru aksi mat2 Bangla berposing naikkan sebelah kaki, buat muka jakun yang selalu dapat kita lihat di sekitar kolam KLCC hampir berjaya. Mungkin lebih bergaya dan berjaya jika siku diletakkan ke paha dengan tangan menopang pipi.

Keadaan sangat kelakar apabila sebaik sahaja kami mahu beredar dari sini, kelihatan an Indonesian Lady siap berjubah sedang berposing sebijik sejiban seperti gaya di atas. Malah lebih daring dengan memakai shades, kasut tinggi dan bergaya secara solo.




Tiada gambar bersama, jadi mengambil kesempatan ini. hehehe.
*Oh oh, kamu ketahuannn, pergi ke toilet, ambil baldi dan muntah. Lantak pii la kat hang! :)




Yaaahhuuuu! Sudah sampai ke Singa Pancut. Nama segera diubah kepada Singa Sembur setelah AfiqZ hampir membuat seorang auntie di Restoran Zamzam tercekik murtabak kambing apabila AfiqZ menyebut nama Singa Pancut dengan kuat. Hahahha.




Bangga menguasai diri sang berbaju hitam apabila dapat merakamkan saat manis bersama seekor Singa Bunting. Hehehe.




Had a warm gesture from tourist. Nenek omputih ini cuba melawak dengan kami. Nice try granny! Suka spek dia yg nampak canggih itu.




Dipaksa membaca sejarah Cavenagh Bridge oleh Asyraf. Baca dengan tidak ikhlas. Jujur kamu Nisa.




Persekitaran sungai yanng bersih. Sentiasa kelihatan pekerja di atas boat menjalankan tugas membersihkan sumgai. Bagus jika dapat diimplementasikan di tanah air sendiri. :)




Pulang dengan menaiki bus CW-2. Bus fare $2.40, perjalanan 30 minit utk sampai ke Kastam Singapura.

Tamat cerita Kota Singa.



Makan malam di tanah air, restoran pilihan kali ini My friend Tomyam, Kempas. Pelbagai hidangan unik seperti Ikan mewah, Kerepol lekor, Sausage with Fried Fry, Burger with Fried Fry, Orem juice, Yellaow juice yang anda boleh nikmati di sini.





Gambar selingan. Bersama si Puteh bin Gebu.




Mendapat hidangan sarapan secara percuma di warung paklong sendiri. Yeahh! Lontong kering dengan serunding kelapa, sambal, sayur goreng, kerang sambal dan udang sambal. Boleh jatuh muflis jika pakcik anda ada niece seperti saya. hehe. *Apahal orang kat belakang tu pandang belakang?




Caaak!! Itulah paklong saya kalau nak tahu. *kalau tanak tau boleh pergi cuci gelas tu sekarang!





Dihantar pulang ke rumah sendiri oleh tetamu. Lihat si gedik Thaqif takut untuk di captured.





Bersama Arina dan Thaqif.

Moga terhibur.
Okkeyh, Cheeri0oo0o~