Tuesday, January 26, 2010

Busy!

oh kawan2!! sbnrnya saya ada byk bnda nak di kongsikan dgn kalian. (konon2 mcm ramai laa. hhihi~) Tp sbb terdapat kekangan waktu, membuatkan saya terpaksa tangguh kat dulu berketul2 entries yg masih lg dlm draft. hehe.

ok, minggu lepas ada dua visits. 2 visits dlm masa seminggu, berturut2 ke Royal Jomalina Food Industries (kilang buat minyak dan produk2 berasaskan fats n oils) dan juga ke kilang Yakult di Seremban. Next entry saya akan uploadkan gmbar masa visit okkay! Ya, baru teingat, byknye report nak kena buaattt! (Ada sesiapa rajin nak tolong?? hehe)

Hari ini Lab Dairy Technology buat susu UHT. tp malangnya saya ketiadaan kamera kerana dipinjam kawan. Jadi, tak dapat lah upload suasana masa proses pempasteuran susu tuu..tapi jangan risau, saya akan cuba dapatkan gambar2 tu dr kawan2 yg lain ok..!

Oh lupa lg..! Esok ada test 1 utk subjek Dairy technology. tak abes baca lg, adoi, habislaaa.!
Khamis pula ada test 1 utk subjek Bahasa Arab..! Harap2 semuanya akan baik2 saja. Takutt!!

Penting: Hari ini hari mengundi MPP di UPM. Saya sudah mengundii..! :)

ok babai, nak pergi study.. Shhhh!!

Thursday, January 14, 2010

Buah nangka sedap, kalau kek nangka pulak?

Masa balik cuti haritu, pokok nangka kat depan rumah tu berbuah dengan besarnya.. (pokok nangka tak berbuah lebat okey).. Jadi, ummiku request sebiji kek nangka. Google resepi,tapi tak jumpa pun. Last2, buat je guna basic cake recipe. Memang sedaplah kek nangka ni. Bg penggemar nangka, mesti suka punya. Kalau nak rasa nangka lebih, letaklah nangka byk2. Nak guna essence nangka pun boleh, tp tak tahulah bnda tu available ke kat market?

Bahan2nya:

2 cwn nangka dipotong dadu (nak halus ke,tebal ke, blh je)
220g butter
4 biji telur (sederhana bsr, gred B kot)
2 1/2 cwn tepung gandum (diayak bersama baking powder)
1 1/2tsp baking powder
1 1/2 cwn gula
1 1/2 tsp jus lemon (tp aritu guna sunquick je, ok je kot)
secubit garam


Cara:
1. Asingkan putih telur dan kuning telur.
2. Pukul putih telur sampai kembang.
3. Dlm mangkuk lain, pukul butter + gula sampai kembang
4. +kuning telur, garam & jus lemon
5. + tepung sedikit demi sedikit (masa mixing tepung, disarankan kelajuan mixer direndahkan pada level 1 atau 2)
6. + nangka yg telah dicincang, gaul sebati
7. Lengserkan butter pada acuan kek, tuang adunan
8. Nak lg best, susun hirisan nangka kat atas adunan kek.
9. Panaskan oven, dan bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 50minit atau sehingga masak.


Inilah adunan yg siap dituang ke loyang




Susun hirisan nangka gaya bebas




Siap untuk ditelan..! ngaum!


p/s: 1st time buat kek nangka. yummy~ bilalah nangka depan rumah nak berbuah lg?


Sedutan gambar2 semasa Lab Dairy Technology

Bertempat di Ladang Lembu Tenusu, inilah sebahagian gambar2 yg sempat di ambil. (Gmbar aku takde pun. hukhuk.. mklumlah, tukang amik pixies~)




Inilah condition masa lembu hendak diperah susunya. Kena bg kawasan bersih2.





Sblm milking, kena bersihkan dan massage 'udder' (kantung susu) lembu ni dulu. Untuk stimulate pengeluaran susu. (If tersalah urut, blh sbbkan lembu tu terkencing, mcm yg terjadi pada kawan kami. Haha!)




Ni pula, CMT (California Mastitis Test) - untuk check keadaan susu lembu (susu tu elok atau tak) sblm diperah.





Penggunaan alat khas utk memerah susu.








Semasa proses milking, biasanya lembu akan diberi makan. Utk bg dia tenang n tak stress. If lembu under stress, pengeluaran susunya kurang.






Bg anak lembu menyusu pulakk~ Comot gile mulut die. Haha~





Ramai yg berebut nak jadi ibu susuan anak2 lembu ni. haha~






Lembu2 sedang meraut rumput dengan tenangnye di padang ragut. :)


p/s: i'm not an animal scientist, but future food technologist. correct me if i'm wrong. thanx~~

Wednesday, January 6, 2010

Semester baru, semester akhir..!!

Salam 'Alaik kawan2~

Pengajian bg semester kedua thn 2009/2010 baru je bermula pasa 28 Disember lepas. Alhamdulillah, dah sampai semester akhir pun.. Semester ni Cik Nisa ambil subjek2 berikut:

1. Dairy Technology
2. Chemistry & Technology of Oils and Fats
3. Cereals & Legumes Technology

dan satu lg subjek tambahan, saja-saja & suka-suka nak ambil ==> Bahasa Arab. :)

Hari Selasa lepas baru je buat 1st amali utk Dairy Technology pnya subjek. Kami semua kena pergi ke Ladang Tenusu UPM. Cantik sangat2 pemandangan kat ladang tu. Dengan kumpulan2 lembu yg berehat, meragut rumput, berkeliaran. Hehhee..

Kami semua bljr pasal lembu, spesis dia, baka, proses lactation pada lembu, cara perah susu lembu guna alat khas n tangan (ni yg plg menarik dan byk insiden kelakar berlaku. HAHA!!) dan mcm2 lg.. Tp gmbar tak sempat nak upload. Next entry Insya-Allah~

Haaa.. dan 1st amali utk Oils n Fats pnya subjek, kami semua kena ekstrak minyak dr kelapa sawit. Bayangkanlah kena ambil biji2 buah kelapa tu dr tandannya. Dah la byk~~ Adeh~ hehehe..

Apa2 pun harapnya semester ni mnjadi semeseter terbaik buat diriku sepanjang mjalankan pengajian di UPM ni. Ameen~~ :)

Friday, January 1, 2010

Salam Ma’al Hijrah (1431H) dan Happy New Year (2010)..!!!

Sekejap je rasanya, tup-tup tahun 2009 dah pun meninggalkan kita. Huhu. Semoga tahun 2010 ini dapat memberikan sinar dan semangat baru untuk kita semua supaya bekerja lebih kuat untuk mencapai/mendapatkan apa yg kita mahu/impikan.

Sempena tahun baru (Hijriah & Gregorian) ini, sama-samalah kita memperbaik diri supaya dapat menjadi insan kamil, yg dapat menyumbangkan sesuatu kepada agama, masyarakat dll. Kita semua berpeluang untukmenjadi baik dan berusaha untuk menuju ke arah kebaikan.
Entry kali ini agak formal bunyinya. Akibat selepas membaca novel Din & Jaja by Noor Suraya dan juga Kemilau Mutiara Raudhah by Saidatul Saffaa. 

Sbnrnya ada byk benda yg nak diluahkan, dicurahkan dan dicoretkan di sini. Cuma tiada kesempatan mungkin. Insya-Allah bila ada masa, entry lain bakal menyusul. Tak kesah kalo takde org baca pun, asalkan dpt diluahkan. Hehe.

Akhirul kalam, sila renungkan ini:
Concerts, fireworks and countdown parties light up the nightlife, between those in the shadows there are still people struggling for a plate of food, a place for shelter.- Afiq Zambri