Friday, August 23, 2013

Announcement: I am now officially..............

......a WIFE!! :)

Salam to all,

Haven't been here for ages. Though my blog is rarely visited, but still I will write about it!

Alhamdulillah, praise to Allah that I tied the knot with my husband Mohd Afiq Zambri on a beautiful Jumaat evening 14th June 2013. Today it marks our 70 days of being together :)

May Allah bless us and our families Inshaa Allah:)

To those who accidentally stumbled upon this dull blog, please enjoy some photos during our simple solemnization ceremony below :)

 The solemnization


May Allah unite both of us in goodness. Ameen.


Mahar


 The wedding ring


Du'a from my husband


Sneak peak from the bride's reception

All photos above are captured by naturally talented photographers from tujuhpointdua team. Please visit their facebook!
FYI, my husband, Afiq is one of the photographers. But he was on 'leave' on that day. Hehe.

Sneak peak from the groom's reception. This photo was taken by Afiq's friend who is also a wedding photographer by profession. You can check Mohyiddin awesome shots here.

Done with the pictures.

Actually I would like to share some of my experience during the bridezilla period. The success, happiness, excitement, what I like most about my big day also and some tips. But I do not know when I am going to have time to write like this. 

I am writing this in a cybercafe you know, since our new crib is not yet equipped with unifi - hihihi.

Till then,
from an ex- bride to be from Johor Bahru (but based in KL)




Tuesday, May 8, 2012

Pavlova Simple

Assalamua'laikum..

Wah wah.. Tajuk je dah macam blog masakan je gayanya kan. Hehehe.. Bukan apa, saja  nak share resepi, padahal takde pun orang baca blog ni.. Walaupun~~

Pavlova ni bukan first time buat, sebab dulu masa benda ni tak famous dah pernah try dah. (Cewah, statement berlagak..) Pastu sekarang bila semua orang sibuk makan pavlova, makanya... Terhasil lah pavlova yang tak berapa glamer seperti gambar kat bawah ni..



Kalau tang rasa tu, dia punya base manissss.. Texture dia yang best sebab crust dia rangup, then kat dalam dia sgt lembut and spongy gitu.. Macam marshmallow pun ada.. Pastu topped dengan whip cream and buah-buahan. Buah yang masam-masam macam strawberry, blueberry, rasberry memang sesuai untuk seimbangkan rasa manis base pavlova tuu..


Senang je sebenarnya nak buat pavlova ni.. Bahan pun sikit je, cuma bab nak merias tu bahannya mahal sikit la.. Resepinya aku amik kat sini.

Bahan-bahan:


i.  6 Biji putih telur **guna telur yang disimpan pada room temperature. Kalau dah tersimpan dlm fridge, rendamkan telur tu dalam air suam dalam 5-10 minit. (Guna air suam-suam kuku je, kalau panas sangat kang jadi half-boiled egg pulak). Then, masa nak asingkan kuning telur tu, kena hati-hati. Make sure takde sikit pun kuning telur yg tercampur dgn putih telur.
ii.  1 cawan gula kastor (nak manis lg tambah la lagi secawan) **yang ni aku guna secawan je dah cukup manis dahh.
iii.  1 sudu teh cuka
iv.  2 kotak kecil atau sekotak besar whip cream **guna non-dairy whip cream lagi senang drpd UHT whip cream.. Tapi masa aku buat ni, tak jumpa non-dairy whip cream, so aku gantikan dengan mix berries yogurt.
v.  Buah-buahan ikut suka (i letak strawberry sbb masam2 so contras la dgn rasa manis) **yea, aku letak stroberi gak.. ingat nak letak blueberry skali tapi tak jumpa pulak.
vii. 1 sudu besar tepung jagung




Cara-cara:


1. Putih telur tu pukul sampai jadi putih mengembang guna electric mixer guna tangan pun boleh.

2. Sambil2 pukul telur putih tu masukkan la sikit2 gula kastor tadi dan pukul lagi sehingga sebati **aku pukul putih telur tu dulu sampai kembang and ada soft peak (dlm 5 minit), lepas tu baru letak gula. masa letak gula ni, kena tabur sikit-sikit. Jangan tuang sekaligus.

3. Pukul sampai adunan tadi (putih telur+gula castor) jadi sticky melekat, letak atas sudu bila tebalikkan tak jatuh. **masa aku buat ni, aku pukul dalam 15minit baru adunan tu menjadi. Dia jadi likat and berkilat. Masa pukul tu, aku start guna speed paling rendah then perlahan2 tukar ke speed paling laju.  Then every 3-4 minit, aku berhenti pukul sebab nak rehatkan mixer tu. Aku baca kat instruction mixer aku tu, maximum time utk guna secara berterusan ialah 5 minit. So, every 5 minit kena rehatkan mixer tu kejap sbb takut motor dia panas sgt. Ini bergantung pada jenis mixer masing2 ye sbb mixer aku tu pemukul biasa untuk capacity yang kecik je.

4. masukkan cuka, essen vanila, tepung jagung dlm acuan tadi dan kacau sampai sebati serasi bersama. ** aku tak pasti "kacau" ni maksudnya kacau guna spatula ke apa. Tapi aku still pukul guna mixer sebab takut tepung jagung tu bergentel. Pastikan tabur tepung jagung tu sikit-sikit ye.

5. Dah setel ! Masukkan dalam dulang pembakar anda. rata2 kan **Aku tak guna dulang pembakar, tapi guna penutup periuk yang besar tu je. Hehe.. Alas penutup periuk tu guna kertas minyak, then taburkan tepung jagung atas dia biar tak melekat pavlova kat kertas tu nanti. Ketebalan pavlova ni pulak aku buat agak-agak dlm 4-5cm.

6. Bakar dalam ketuhar oven 150degree selama kira 1 jam 45 minit ke 2 jam (memang lama!) ** Jangan lupa preheat kan oven tu dulu. Aku guna oven elektrik, pernah guna oven dapur tu tapi tak menjadi sgt sbb dia guna api bawah je. So, bila bakar, bawah dah hangus tapi part kat atas tak masak2.

7. Jangan bukak oven time ia dibakar nnt tak jadi sbb mengikut pengalaman kitorang, bila bukak time tak masak dia jadi kendur melepet tak cantik...

8. **PENTING-Bila pavlova dah masak, jgn bawak keluar terus. Biar sejuk dlm oven dlm 30 minit cemtu.

9. Biar pavlova dlm suhu bilik baru letak whip cream. Panas2 letak whip cream cayor la nnt. **As mentioned above, aku guna yogurt.

10. Whip cream tu, masukkan korang putar sampai pekat dan takyah masukkan apa2. **betul tu, non-dairy whip cream tu mmg dah manis, tak payah tambah gula.

11. Oles atas pavlova korang tadi dan letak la buah2 an dah siap ! ** Hias ikut kreativiti sendiri.


Kalau nak lebih jelas dan faham, boleh search video cara nak buat pavlova ni kat youtube. Taip je "how to make pavlova" atau "pavlova tutorial", banyak je video yang keluar. Hope it helps!!

Selamat mencuba, sekian~

Friday, March 30, 2012

My First Rainbow Cake


Assalamua'laikum and good day!!

Hye semua.. I'm back after my rather long hiatus!

This is my first attempt to make this wonderful rainbow cake.



Tak ingat ambil resepi ni kat mana. But it is actually a butter cake. Just bahagikan adunan kek kepada 6 bahagian utk letak food colouring ikut warna rainbow. Then, bakar setiap bahagian tu asing-asing.. Maknanya kena bakar 6 kali. Part ni memang jenuh jugak lah nak menunggu.

Lepas tu, biar kan kek sejuk sebelum lapiskan dia. Untuk lapiskan, haruslah kena kena susun accordingly macam rainbow sebenar. Time ni lah, kena ingat balik formula warna pelangi yang cikgu bagi time darjah enam dulu... Michael Jackson Kena Halau Balik India Utara = Merah Jingga Kuning Hijau Biru Indigo Ungu. Tapi untuk kek ni, warna indigo tu excluded sebab warna dia mcm lebih kurang je dgn purple.

Setiap layer tu disapukan dengan frosting untuk lekat kan setiap kek. Kiranya fungsi dia sama macam gam laa.. Lebihan frosting tu pulak, disapukan ke seluruh kek.

Untuk frosting, biasanya orang buat cream cheese frosting. Memang sedap makan kek ni dgn cream cheese frosting. Tapi disebabkan my ummi tak makan cheese, so I made icing dari putih telur and gula yang dipukul sampai gebu macam dalam gambar.

Tempting tak tengok gambar kat atas tu? Hehe!

Ok, till then. Ciao!

Wednesday, August 24, 2011

Selamat Hari Raya (versi terlambat)


Assalamua'laikum and hye!

Walaupun dah dua minggu kita beraya, tapi aku still nak buat ucapan raya gak.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Maaf Zahir Batin.

Semoga kita semua sentiasa dirahmati, diberkati dan diberi kesejahteraan hidup oleh Allah swt.

Ameen.




Oh, aku takde gambar raya. So, letak la gambar masa bulan puasa. Huhu.
Ni bergambar dengan Hanis masa datang rumah dia utk collect kuih raya.

Aku segan sbnrnya nak bergambar dgn dia, tapi buat-buat tak malu je ajak dia amik gambar sama. Haha. Credit to Aunty Nani yang tolong capture this pix. :)


Ada yang tanya Hanis ni mcm mana orangnya. Well, aku baru sekali jumpa dia, tak blh la nak describe banyak-banyak. For me, she is very nice person, and pemesra orangnya.. :)



Okay, ni kuih raya yang aku beli daripada Aunty Nani. Paling suka makan Classy Pandan (yang kaler hijau tuu) and Crunchy Mocha (sedap! ada rasa kopi pastu rangup-rangup).

Kalau nak rasa kuih raya yang sedap dan famous ni meh lah datang beraya rumahku nun di Johor Bahru (tu pun kalau kuih ni ada lagi laa.. tapi rasanya semua dah selamat dinyahtinjakan, hehe).


Oh ya!! Selain tu aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 54 dan Selamat Hari Malaysia..!!

Monday, August 22, 2011

Iftar at Masjid As-Syakirin KLCC :)


Assalamua'laikum and hye,

I've been hibernating over the past four months #boring

Sekarang ni aku tengok banyak gak lah blog2 yang buat entry dorang buka puasa kat tempat gempak-gempak, high-end bagai.

Tapi entry aku buat ni, takdelah aku gi melantak kat tempat mahal-mahal.

Just nak share pengalaman pertama aku berbuka puasa/iftar kat masjid. Jumaat lepas aku pergi join buka puasa ramai-ramai kat Masjid As-Syakirin KLCC.

Exicted gila first time nak pergi iftar kat masjid. Tapi budak lelaki biasalah kot gi iftar kat masjid. Budak lelaki kat office aku selalu gak cerita dorang serbu masjid mana.
Tu yang aku pun terpikir nak try buka puasa kat masjid.

Makanan FREE. Best tu. Jimat perbelanjaan sehari. :)


Haruslah yang ni bukan kat dalam masjid kann~



Reserved untuk anak-anak yatim.



Student tahfiz and kanak-kanak dari rumah anak yatim.
*Sejuk mata tengok bebudak tu pakai jubah serban bagai. Suci je muka.




Nad Si Tahi Lalat. Ramai gak yang join iftar kat masjid ni. Meriah uolls.



Nak jugak interpremm.



Kanak-kanak perempuan dari rumah anak yatim.



Banyak gak makanan yang disediakan, siap ada pramusaji (penyaji makanan) lagi.



Ada kurma, bubur lambuk, pulut bakar inti serunding, creampuff, honeydew, anggur, nasi hujan panas, ayam goreng rempah, lauk daging, terung, udang (yang ni aku tak dpt rasa T.T), papadom, air nescafe, teh n mineral water.



Time solat sunat tarawih. Siap ada projector screen tuu kat tempat solat muslimah.
*Aku buat 8 rakaat je, sebab tu dapat amik gambar ni. hehe.



Tarawih buat 8 rakaat je ada hati nak moreh gak. Habis tu aku tgk orang yang tak buat tarawikh pun ambik makanan ni, aku pun ambik jelaa.. Banyak jugak kuih muih dia hidang, tapi banyak yang dah kena baham dengan orang lain. Huhu.



Meriah iftar kat masjid ni. Buka puasa ramai-ramai, dengan orang yang tak dikenali, dengan orang yang mcm2 perangai..Seronok sebab dapat pengalaman baru.

Tak sangka pulak masa kitorang datang nak iftar kat masjid for the first time, ada majlis berbuka puasa dengan anak-anak yatim and pelajar-pelajar tahfiz. Tu yang makanan banyak and special sket sebab sponsor besar.

Siapa-siapa yang asyik iftar kat restaurant atau melantak buffet je, aku cadangkan sangat-sangat korang try lah iftar kat mana-mana masjid. Kalau tak sempat Ramadhan kali ni, boleh try next year pulak.

Masa berpuasa, memanglah kita rasa lapar, kebulur, perut asyik berbunyi, dahaga, haus, tapi waktu berbuka puasa bukanlah waktu untuk kita balas dendam nak makan banyak2 sebab seharian tak makan. Berbukalah secara sederhana. Sebab masa bulan puasa ni jelah kita berpeluang untuk merasai secebis penderitaan orang-orang miskin, orang-orang susah, orang-orang yang negaranya sedang berperang.

Alhamdulillah, kita kat Malaysia ni semua cukup makan pakai. Walaupun ada golongan yang kurang mampu, tapi diorang takde pun sampai dapat kwashiorkor (kanak-kanak yang kurang zat makanan, kurus kering tapi perut buncit). Perut buncit sebab terlebih makan adalah.

Jadi, bila berbuka puasa kat masjid ni, kita kenalah terima je apa yang masjid hidangkan. Toksah nak demand2 macam makan kat hotel. Cuba selami apa yang org susah rasa. Dorang takde pilihan nak makan hidangan apa. Dorang makan je apa yang ada, sebab tu kira dah bertuah dah kalau dapat makan.

**Cuma masa aku pergi ni, ada org sponsor lebih so dapatlah makan mewah sikit.

Korang pernah iftar kat masjid mana?


Tuesday, April 19, 2011

Hebatnya vokal si kecil ni..!!

Salam and hye!!


Comel tak budak dalam gambar nii?? ;)


Jom tengok dia nyanyi pulak. Heee.

video
Rasanya dia nyanyi lagi best dari penyanyi asal.. :D



video
Yang ni paling aku sukaaa!! Dengar banyak kali kot. Aku suka lagu ni lepas dengar dia nyanyi, before ni tak pernah dengar pun lagu ni. Hehe.
Dia nyanyi ikut version dia sendiri, tak terikut-ikut penyanyi asal.. Paling suka masa minit 1:07, kiutt je dia buat macam tu. Hehehe.

Ni lah Maddi Jane (nama penuh dia aku tak tau la pulak). Lahir pada 7 Nov 1999.
Baru umur 11 tahun, tapi daripada pendengaran telinga aku yang sihat ni (walaupun kadang2 symptom pekak datang), pada aku vokal dia memang superb, tone suara dia pun sedap je didengar. Rasa macam memang dia dah belajar vocal dari kecil sebab dari cara dia nyanyi, macam pro je, pastu pandai pulak tu nak variasikan suara. Chewahh!!
*Aku ni tak pernah amik music lesson ke ape, walaupunnn~

Suka sangat tengok video-video dia, dah la suara sedap, comel and adorable pulak tu. Tak jemu tengok. Heee. :D

And, Maddi Jane ni pun aku tengok sangat minat menyanyi sebab nampak dia enjoy je masa menyanyi tu. :D

p/s: I wonder why Rebecca Black becomes famous, not this super talented lil kid? Hurmm.

**Photo courtesy of Maddi Jane's Facebook


Friday, April 8, 2011

You scream, I scream-- ICE CREAAAAMM!!!


Salam,

Here are some pictures to prove that I have a BIG sweet tooth!


New Zealand Natural, KLCC. Yummylicious!!



Tutti Frutti with my besties, Filzah Hanis. Largest cup! Amek kau!


My first time for Tutti Frutti. Medium cup for me..!!


Waffle with 6 choices of ice cream flavour. Topped with choc sauce and sprinkled with cornflakes! Awesome! *Location: Gelatomio, Pavillion, near Cotton On.


Ice cream at Sogo. *near escalator.


Have you ever tried Pegaga Ice Cream? Yes, it is PEGAGA, the ulam-ulaman. *Pennywort in English. This ice cream produced by my course-mates when we were in our final year.
Delicious yet healthy!! Suitable for lactose-intolerant cause it made from soymilk, not animal's milk. Ceh, tetiba promote! :)


Me captured this pix. Aisya and Fareeza were enjoying a BIG bowl of plain ice-cream that we made by ourselves during Dairy Technology Lab Practical.
Can you see the BIG stainless steel bowl? Yes, we produced several bowls and finished it all!


This pix was taken about 5-6 years ago, during my matriculation days.. My verry first time consume Ice Cream Cake with my Gedegangz girl, Ain.

I tasted Haagen Dazs and Baskin Robbins, but could't differentiate the difference. Both are delicious, creamy, the texture is very nice, best mouthfeel. :)

Btw, do you have SUPERRR sweet tooth? :B